Dr
Fatimah Ibrahim – sumber - Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi
empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan
lemak.Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh,
tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan
keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah."Teknik
ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika
Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti AIDS,
diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.Dalam
kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah
dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud
bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan
melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr
Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai
komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan
orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang
bersolat secara bersendirian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda:
"Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. "(Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim). "Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. "Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda:
"Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. "(Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim). "Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. "Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr
Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan
ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula,
katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh
yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah
akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.Selain
itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang.
Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri
dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan
positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa
sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya,
hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan,
iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan."Ini
membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita
akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita
normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi
ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya. Jangan
terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali
sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki
normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum
ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. "Kajian dilakukan dengan
mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada
ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu
dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap
normal,"katanya.
Beliau
berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali
seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain
itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung
ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain
menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan
paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi
tubuh ketika solat adalah bagus," katanya. Sehubungan itu, katanya kajian
akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika
solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil
kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung
untuk melakukan senaman.Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan
senaman selama 30 minit setiap hari.
0 ulasan:
Catat Ulasan