BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 13 September 2011

HIDUP SESUDAH MATI;)

      Assalamualaikum and very good morning to all...ALHAMDULILLAH,syukur atas rahmatNYA kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dibumi bertuah ini...selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW pemberi syafaat serta pembawa berita gembira buat seisi dunia,para sahabat serta muslimin dan muslimat sekalian....
     Hari ini berbesar hati sangat rasanya nak berkongsi ilmu buat semua.Seperti yang kita sedia tahu,setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Kita semua akan berhadapan dengan sakaratul maut apabila masa dan waktunya telah tiba.Apabila ajal dan saat kematian kita telah tiba,kita akan dijemput oleh utusan ALLAH s.w.t iaitu para malaikat untuk memindahkan kita dari alam fana yang penuh noda ini menuju alam yang kekal abadi iaitu negeri akhirat.Malaikat akan duduk dihadapan kita seluas mata memandang dan akan mendekati kita untuk mencabut roh dari jasad.
      Jika kita seorang manusia yang baik,malaikat akan mencabut roh kita dalam keadaan yang baik dengan berkata"KELUARLAH WAHAI JIWA YANG BAIK YANG BERADA DIDALAM JASAD YANG BAIK.KELUARLAH SECARA TERHORMAT  DAN BERGEMBIRALAH DENGAN KETENTERAMAN DAN REZEKI YG AKAN KAMU PEROLEH SERTA BERTEMU DENGAN RABB YANG MURKA".maka roh itupun akan keluar dari badan seperti keluarnya titisan air dari kantung.Setelah keluarnya roh tersebut,para malaikat akan membungkus roh tersebut dgn pembungkus dari syurga dan mengkafankannya dengan kafan dari syurga dan mensolatkannya dan diberikan minyak kasturi yang sangat wangi dimuka bumi.kemudian roh akan dibawa naik dengan cepat untuk acara pertama,para malaikat yang menjaga pintu langit pertama akan mensolatkan roh tersebut dan menghantarnya menuju langit seterusnyaRoh akan dilayan seperti dilangit pertama sehingga mencapai langit tempat ALLAH SWT bersemayam.Roh kemudiannya mengucapkan salam pada ALLAH SWT.
     bagi roh yang jahat pula akan mengalami nasib yang sebaliknya.Pada saat ajal menjemputnya,malaikat akakn datang dengan wajah yang hitam pekat.Para malaikata akan membawa bau-bauan yang amat busuk dari neraka dan kain kafan dari neraka.Malaikat akan duduk dihadapan matanya seluas mata memandang.
      

Isnin, 12 September 2011

WAJAH2 CERIA STAFF JABATAN AGAMA ISLAM DAERAH KG GAJAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...syukur alhamdulillah,dengan izin dan taufik hidayahNYA dpt saya menabur bakti untuk jabatan agama islam daerah kg gajah khususnya dlm penghasilan blog yg tidak seberapa ini.....seperti yang kita sedia maklum,jabatan agama islam daerah kg gajah terdiri daripada 10 orang kakitangan yang bertanggungjawab terhadap urusan-urusan berkaitan nikah cerai,urusan masjid,membantu golongan saudara baru dan lain-lain lagi.Pejabat Agama ini diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir Agama(PTA) iaitu Ustaz Nor Hafizzuddin Bin Annuar dan turut dibantu oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam iaitu Ustaz Nor Azam Ariff bin Shaarani. Bagi urusan pentadbiran pula adalah dibawah seliaan En.Assaya Bin Abbullah.En.Jamalullail bin Saiddin pula bertugas sebagai Pembantu Am.Bagi hal ehwal kewangan pula,tugas ini adalah dibawah tanggungjawab NurHazlina binti Hambali yang baru sahaja memulakan khidmat beliau dalam Jabatan ini.Sikapnya yang sangat komited dan peka terhadap tugas yang disandangnya membuat beliau

sentiasa disegani oleh kakitangan pejabat ini.Bagi Ustaz Abdul Razak bin Othman pula,memikul amanah sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam merupakan suatu tugas yang  memerlukan kecekalan yang tinggi.Ini bagi memastikan umat islam sentiasa mengamalkan ajaran islam bagi memastikan syiar islam terus gemilang dibumi berdaulat ini.Ustaz Asrul bin Ramli pula bertugas selaku Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam.Selain itu juga beberapa orang kakitangan sokongan