Assalamualaikum and very good morning to all...ALHAMDULILLAH,syukur atas rahmatNYA kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dibumi bertuah ini...selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW pemberi syafaat serta pembawa berita gembira buat seisi dunia,para sahabat serta muslimin dan muslimat sekalian....
Hari ini berbesar hati sangat rasanya nak berkongsi ilmu buat semua.Seperti yang kita sedia tahu,setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Kita semua akan berhadapan dengan sakaratul maut apabila masa dan waktunya telah tiba.Apabila ajal dan saat kematian kita telah tiba,kita akan dijemput oleh utusan ALLAH s.w.t iaitu para malaikat untuk memindahkan kita dari alam fana yang penuh noda ini menuju alam yang kekal abadi iaitu negeri akhirat.Malaikat akan duduk dihadapan kita seluas mata memandang dan akan mendekati kita untuk mencabut roh dari jasad.
Jika kita seorang manusia yang baik,malaikat akan mencabut roh kita dalam keadaan yang baik dengan berkata"KELUARLAH WAHAI JIWA YANG BAIK YANG BERADA DIDALAM JASAD YANG BAIK.KELUARLAH SECARA TERHORMAT DAN BERGEMBIRALAH DENGAN KETENTERAMAN DAN REZEKI YG AKAN KAMU PEROLEH SERTA BERTEMU DENGAN RABB YANG MURKA".maka roh itupun akan keluar dari badan seperti keluarnya titisan air dari kantung.Setelah keluarnya roh tersebut,para malaikat akan membungkus roh tersebut dgn pembungkus dari syurga dan mengkafankannya dengan kafan dari syurga dan mensolatkannya dan diberikan minyak kasturi yang sangat wangi dimuka bumi.kemudian roh akan dibawa naik dengan cepat untuk acara pertama,para malaikat yang menjaga pintu langit pertama akan mensolatkan roh tersebut dan menghantarnya menuju langit seterusnyaRoh akan dilayan seperti dilangit pertama sehingga mencapai langit tempat ALLAH SWT bersemayam.Roh kemudiannya mengucapkan salam pada ALLAH SWT.
bagi roh yang jahat pula akan mengalami nasib yang sebaliknya.Pada saat ajal menjemputnya,malaikat akakn datang dengan wajah yang hitam pekat.Para malaikata akan membawa bau-bauan yang amat busuk dari neraka dan kain kafan dari neraka.Malaikat akan duduk dihadapan matanya seluas mata memandang.
Selasa, 13 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan