Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...syukur alhamdulillah,dengan izin dan taufik hidayahNYA dpt saya menabur bakti untuk jabatan agama islam daerah kg gajah khususnya dlm penghasilan blog yg tidak seberapa ini.....seperti yang kita sedia maklum,jabatan agama islam daerah kg gajah terdiri daripada 10 orang kakitangan yang bertanggungjawab terhadap urusan-urusan berkaitan nikah cerai,urusan masjid,membantu golongan saudara baru dan lain-lain lagi.Pejabat Agama ini diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir Agama(PTA) iaitu Ustaz Nor Hafizzuddin Bin Annuar dan turut dibantu oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam iaitu Ustaz Nor Azam Ariff bin Shaarani. Bagi urusan pentadbiran pula adalah dibawah seliaan En.Assaya Bin Abbullah.En.Jamalullail bin Saiddin pula bertugas sebagai Pembantu Am.Bagi hal ehwal kewangan pula,tugas ini adalah dibawah tanggungjawab NurHazlina binti Hambali yang baru sahaja memulakan khidmat beliau dalam Jabatan ini.Sikapnya yang sangat komited dan peka terhadap tugas yang disandangnya membuat beliau
sentiasa disegani oleh kakitangan pejabat ini.Bagi Ustaz Abdul Razak bin Othman pula,memikul amanah sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam merupakan suatu tugas yang memerlukan kecekalan yang tinggi.Ini bagi memastikan umat islam sentiasa mengamalkan ajaran islam bagi memastikan syiar islam terus gemilang dibumi berdaulat ini.Ustaz Asrul bin Ramli pula bertugas selaku Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam.Selain itu juga beberapa orang kakitangan sokongan
Isnin, 12 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan